KENALI AHLI LEMBAGA KOPERASI (KOPTMTS)
CARTA ORGANISASI
AZIZ BIN AHMAD
Pengerusi
Pernah berkhidmat sebagai Sub Inspektor Polis Marin dan mempunyai hubungan rangkaian sosial yang luas dengan masyarakat. Setelah bersara, beliau aktif dengan aktiviti masyarakat seperti menjadi ahli jawatankuasa surau dan mengelola projek pertanian yang ditaja oleh jabatan pertanian bersama persatuan surau.
AZAHAR BIN AHMAD
NAIB PENGERUSI
Pernah berkhidmat sebagai Ahli Bomba Kanan dan juga merupakan Jurulatih ERT (Emergency Rescue Team). Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan serta mengendalikan projek katering untuk majlis kenduri kahwin di sekitar Pulau Pinang. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Koperasi Alumni Sekolah.
DR. ROHAYA BINTI AHMAD
Berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Institut Pengajian Tinggi. Beliau merupakan graduan Doktor Falsafah di dalam jurusan Pengajian Kurikulum dan sangat aktif dalam menyertai aktiviti sosial seperti Ahli Jawatankuasa Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat kebangsaan, LEC (Lem eksekutif Cawangan) PPPM cawangan IPGKPM, Pengerusi persatuan lompat tali daerah sps, Jurulatih Bola Jaring IPGKTB, dan Setiausaha Annisaq (persatuan pensyarah wanita islam) IPGKTB .Beliau mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan projek dan urusan pentadbiran
SITI BALQISH BINTI AZMI
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan di Universiti Awam. Beliau aktif melibatkan diri dalam projek-projek di kampus dan kolej. Selain itu, beliau juga aktif menyertai aktiviti sosial kelab persatuan pelajar. Oleh itu, beliau mempunyai rangkaian sosial yang luas dan pengalaman dalam menguruskan kertas kerja projek serta perlaksanaan.
SITI AISYHAH NAJWA
Sedang berkhidmat di Syarikat Swasta sebagai Account Executive dalam bahagian Perakaunan. Beliau merupakan graduan Diploma Perakaunan. Beliau mempunyai pengalaman selama 11 tahun dalam menguruskan hal-hal kewangan syarikat yang berkaitan budget tahunan, analisis tahunan dan bulanan, percukaian, dan mengawal kos-kos stok jualan. Di samping itu, beliau membantu peniaga kecil untiuk mengendalikan perakaunan syarikat mahupun usahawan lebih teratur.
AZNAN BIN AHMAD
Berkhidmat sebagai Sales Technical di salah sebuah syarikat swasta. Beliau merupakan graduan Diploma Kejuruteraan. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran serta membuat kertas kerja projek. Beliau juga mempunyai rangkaian sosial yang luas kerana sering terlibat dengan aktiviti masyarakat.
NOR AZUWAN AZAHAR
Berkhidmat sebagai Penjawat Awam di salah satu Universiti Awam Malaysia. Beliau berpengalaman dalam melakukan pemasaran secara Online dan juga Offline. Beliau sangat aktif menghadiri kelas-kelas pemasaran yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
ROSITA BINTI AHMAD
Sedang berkhidmat sebagai ketua jururawat di bahagian Kementerian Kesihatan Malaysia di salah sebuah Hospital Kerajaan. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Kejururawatan dan sudah berkhidmat selama 25 tahun dalam bidang kejururawatan. Selain bergiat aktif dalam persatuan di jabatan yang melibatkan hal-hal kesihatan, beliau juga menceburi perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau kini aktif dalam jualan perniagaan atas talian.
